AM > BERITA

Bufet Ramadan Impiana KLCC Tawar Lebih 350 Hidangan, Durian Tanpa Had

19/02/2026 11:38 PM

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Impiana KLCC Kuala Lumpur menganjurkan “Bazaar Ramadan Buffet Jalan Pinang” dari hari ini sehingga 20 Mac dengan menawarkan lebih daripada 350 hidangan dan durian tanpa had. 

Edisi 2026 menampilkan hidangan istimewa termasuk Nasi Briyani Gam Kambing, Kurma Betis Kambing Palembang, Ketam Bunga Goreng Masala dan Kari Kepala Ikan Merah Palembang yang disediakan sebagai sebahagian daripada sajian tempatan dan serantau yang pelbagai.

 Bufet itu diadakan di Tonka Bean Café dari 6.30 petang hingga 10 malam setiap hari. 

Antara juadah yang kembali dihidangkan ialah Impiana Roti John Berempah yang disediakan secara langsung. 

Selain itu, turut disediakan secara langsung ialah Sup Gear Box dengan Urat MELETOOP! dihidangkan bersama-sama roti benggali, sambal hitam dan hidangan sampingan lain serta pelbagai hidangan dipanggang seperti ikan siakap bakar, pari bunga bakar dan kerang bakar dilengkapi cili kicap, sambal hijau Thai dan air asam.

Tetamu juga boleh menikmati 16 perisa aiskrim Baskin Robbins selain tawaran durian yang disajikan secara langsung.

Harga bufet ialah RM255+ untuk dewasa manakala RM127.50+ bagi kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas. 

Surau hotel juga mengadakan solat tarawih yang dipimpin oleh imam selain terdapat juga persembahan oleh Seni Melodi Band.

Bufet itu hanya ditawarkan melalui tempahan awal dengan bayaran penuh diperlukan semasa membuat tempahan dan tempat duduk berdasarkan konsep “siapa cepat dia dapat”.

Tempahan boleh dibuat melalui talian 012-526 6138 atau e-mel fnbcoordinator@impianaklcc.com.my.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan