DUNIA > BERITA

TIKTOK BERDEPAN LARANGAN DI AS DI TENGAH-TENGAH KETEGANGAN AS-CHINA

24/09/2024 06:37 PM

WASHINGTON, 24 Sept (Bernama-Anadolu) -- TikTok, platform video pendek dengan kira-kira 1.6 bilion pengguna di seluruh dunia dan 170 juta di Amerika Syarikat (AS), kekal sebagai pusat ketegangan geopolitik antara AS dan China, lapor Agensi Anadolu.

Platform yang dimiliki syarikat induk China, ByteDance sedang disiasat ketika kerajaan AS bergerak ke arah melarangnya atas alasan kebimbangan keselamatan negara.

Pada Januari, pentadbiran Joe Biden dijangka menguatkuasakan larangan ke atas TikTok melainkan ByteDance menjual platform itu kepada entiti bukan China.

TikTok telah memfailkan saman terhadap Jabatan Kehakiman AS, dalam usaha untuk terus beroperasi di negara itu.

Kedua-dua pihak kekal tegas dengan hujah masing-masing ketika pertarungan undang-undang berlangsung.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan