DUNIA > BERITA

DURIAN SEGAR MALAYSIA BOLEH DINIKMATI PENGGUNA CHINA DALAM TEMPOH 36 JAM

26/09/2024 03:31 PM

NANNING, 26 Sept (Bernama-CMG) -- Setelah menandatangani perjanjian pemeriksaan kuarantin dengan China pada tahun ini, Malaysia mengeksport durian segar kumpulan pertama ke bandar Zhengzhou China menerusi pengangkutan udara pada Ogos lepas, dan kargo itu kemudian diagihkan untuk dihantar ke sejumlah bandar yang lain.

Ia menandakan durian segar yang dieksport Malaysia boleh didapati dalam pasaran China dalam masa 36 jam sahaja, dan bertuahlah para penggemar durian di China kerana boleh mengecapi durian Malaysia yang segar tanpa menjejak kaki ke luar negara.

Sebelum ini, pengangkutan laut untuk durian sejuk beku dengan menggunakan cecair nitrogen yang diimport dari Malaysia memerlukan masa dua hingga tiga minggu.

Demikian didedahkan dalam Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-21 yang sedang berlangsung di bandar Nanning wilayah Guangxi, China.

Terdapat 30 peratus zon pameran utama dalam CAEXPO 2024 merupakan yang dikendalikan pempamer asing dengan kebanyakannya dari negara ASEAN. Malaysia, Indonesia, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam masing-masing menyewa satu balai untuk mempamer dan mempromosi produk domestiknya.

Sementara itu, Malaysia buat kali ketiga dipilih sebagai negara tetamu kehormat CAEXPO, bertepatan dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia. Selain zon pameran "bandar mempesona", Balai D6 juga dijadikan premis Malaysia secara sewa khas untuk menunjukkan produk yang bercirikan tempatan, dengan durian segar sebagai yang paling menarik.

Bagi golongan pengguna China, durian segar lebih sedap dan rasanya lebih halus berbanding dengan durian sejuk beku, dan kedua-duanya dijual pada harga yang sama dengan adanya pengangkutan yang mudah pada masa sekarang.

Fiesta Durian yang diadakan semasa berlangsungnya CAEXPO 2024, telah mencetuskan fenomena karnival sesuai dengan pengimportan durian segar, dan Malaysia sebagai penghasil utama yang mempunyai lebih 200 jenama durian yang terdaftar dan kapasiti penghasilan tahunan lebih 500 ribu tan, tampil sebagai pemain utama.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan