DUNIA > BERITA

AFRIKA SELATAN PERKENAL SKIM VISA BAHARU UNTUK TARIK INDUSTRI FILEM GLOBAL

14/11/2025 01:00 PM

CAPE TOWN, 14 Nov (Bernama-Xinhua) -- Afrika Selatan pada Khamis memperkenalkan skim visa baharu bagi menarik syarikat produksi filem dan kreatif antarabangsa untuk menjalani penggambaran serta melabur di negara itu melalui proses permohonan digital yang lebih mudah, lapor Xinhua.

Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri dalam kenyataan memaklumkan bahawa skim berkenaan, iaitu Screen Talent and Global Entertainment Scheme (STAGES), merupakan “pembaharuan visa bersifat pemangkin bagi meningkatkan kedudukan Afrika Selatan sebagai destinasi global utama untuk penghasilan filem dan karya kreatif.”

“Buat julung kalinya, STAGES memperkenalkan platform digital untuk memproses permohonan visa syarikat produksi filem dan kreatif antarabangsa,” menurut jabatan itu. 

Langkah baharu itu mengurangkan kerenah birokrasi serta mempercepatkan proses kelulusan melalui transformasi teknologi.

Inisiatif itu dilancar selepas bertahun-tahun rungutan industri filem mengenai prosedur visa yang rumit hingga menyebabkan negara itu kehilangan projek bernilai tinggi.

Afrika Selatan pernah kehilangan projek Netflix bernilai 400 juta rand (kira-kira US$23.5 juta) kepada Mexico akibat ketidakcekapan proses visa.

STAGES, yang dimodelkan berdasarkan Skim Majikan Dipercayai (Trusted Employer Scheme) dan Skim Pengendali Pelancongan Dipercayai (Trusted Tour Operator Scheme), membolehkan syarikat yang layak membuat permohonan dalam talian dan menerima kelulusan visa “secepat 24 jam.”

Pemohon yang diluluskan akan menandatangani perjanjian tadbir urus dengan Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai komitmen terhadap pematuhan dan ketelusan.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan