KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Reservoir Link Energy Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Reservoir Link Sdn Bhd, telah menerima anugerah perintah kerja daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk penyediaan perkhidmatan pengujian telaga ringan.
Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata kontrak berkenaan mampu menjana sehingga RM40 juta, bergantung kepada jumlah telaga yang terlibat.
Katanya skop tanggungjawab merangkumi penugasan kakitangan berkemahiran tinggi, penggunaan teknologi ujian telaga yang canggih, penyelenggaraan peralatan dan penyelarasan semua urusan logistik yang diperlukan.
Timbalan Pengerusi Eksekutif Reservoir Link Thien Chiet Chai berkata kumpulan itu menjangkakan lebih banyak aktiviti dalam beberapa bulan akan datang memandangkan permintaan untuk perkhidmatan berkaitan tenaga akan terus berkembang.
“Kami berharap dapat memainkan peranan aktif dalam menyokong sektor tenaga huluan Malaysia bagi menunjukkan komitmen berterusan kami dalam menyampaikan penyelesaian yang boleh dipercayai dan menyumbang kepada kecekapan serta kemampanan untuk keseluruhan industri,” tambahnya.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial