PGA RAMPAS 300 KASUT SELUDUP BERNILAI RM60,000

25/09/2024 07:00 PM

KOTA BHARU, 25 Sept (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 300 kasut terpakai pelbagai jenama dianggar bernilai RM60,000 dalam Op Taring Wawasan Kelantan, semalam.

Komandernya Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan berdekatan pangkalan haram Apex dekat Lubok Gong, Pasir Mas, kira-kira 2 pagi.

Beliau berkata anggota PGA menyerbu sebuah stor dipercayai tempat simpanan barangan seludup dari negara jiran dan menemukan tiga guni besar berisi kasut terpakai tanpa dokumen pengimportan sah.

"Kesemua kasut dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan kerana menerima permintaan tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ros Azhan berkata semasa serbuan tiada individu berada di kawasan stor dan barangan terbabit dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan