KUALA TERENGGANU, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri itu.
Pemberian bonus kepada lebih 14,000 penjawat awam negeri diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam sesi penggulungan perbahasan Enakmen Perbekalan 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
“Kerajaan negeri bersetuju memberikan bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri Terengganu,” katanya tanpa memperincikan bagaimana dan bila pemberian itu akan dilaksanakan.
Hari ini, DUN Terengganu sebulat suara meluluskan Belanjawan 2026 yang dibentangkan Ahmad Samsuri pada Isnin lepas.
Bertemakan "Memacu Potensi Melonjak Prestasi", Belanjawan 2026 memperuntukkan sejumlah RM1.938 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus termasuk RM450 juta bagi Perbelanjaan Pembangunan dengan hasil dianggarkan berjumlah RM1.998 bilion.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial