AM

Mayat Kru Bot Nelayan Jatuh Di Pulau Segantang Ditemukan

19/03/2025 10:56 PM

ALOR SETAR, 19 Mac (Bernama) -- Mayat seorang kru bot nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh di perairan Pulau Segantang dekat Langkawi pada Ahad lepas telah ditemukan hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata mayat Musliandee Mustafa Kamal, 45, dijumpai pada 4.25 petang tadi.

"Terdapat maklumat mengenai penemuan satu mayat yang terapung di 3.8 batu nautika tenggara Pulau Ajar. Bot KILAT 6 yang dikerahkan ke lokasi telah menjumpai dan membawa naik mayat berkenaan ke atas bot.

"Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan polis telah mengesahkan mayat yang ditemukan itu sama seperti mangsa yang dilaporkan terjatuh dari bot nelayan, Ahad lalu," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan sepenuhnya pada 5.35 petang.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan