SEPANG, 3 Feb (Bernama) -- Juara dunia MotoGP Marc Marquez menghantar amaran jelas kepada pesaingnya musim ini selepas mencatatkan masa terpantas pada hari pertama ujian musim sejuk pramusim MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Penunggang Ducati Lenovo Team itu, yang kembali beraksi selepas berehat panjang akibat kecederaan tulang selangka di MotoGP Indonesia 2025, Oktober tahun lepas, mencatat 1 minit 57.018 saat (s) pada pusingan ke-18 daripada 23 pusingan sesi petang.
Sebelum itu, pelumba Sepanyol berusia 32 tahun itu menunjukkan perkembangan konsisten sepanjang hari, selepas menamatkan sesi pagi di tempat ke-11 dengan catatan 1:58.774s.
Tempat kedua terpantas dicatatkan oleh Fabio Di Giannantonio dari Pertamina Enduro VR46 Racing Team, yang mencatatkan masa peribadi terbaik 1:57.274s pada pusingan ke-20.
Sementara itu, wakil Red Bull KTM Tech3, Maverick Vinales muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 1:57.295s pada pusingan kedua terakhirnya.
Selepas ujian, Marquez meluahkan rasa puas hati dengan keadaan fizikalnya dan menyifatkan prestasinya di SIC sebagai peningkat keyakinan selepas berehat panjang.
“Ada tiga bulan lagi sebelum Buriram (GP) Thailand), dan saya rasa baik. Saya rasa selesa untuk larian pendek. Saya cuba menjaga keadaan fizikal kerana saya tahu bila saya berada dalam keadaan baik, mampu melakukan kelajuan.
“Jika saya tidak berada dalam keadaan baik, kelajuan tidak akan ada. Ujian ini adalah latihan terbaik untuk Buriram dan selepas ini saya akan menganalisis kelemahan dan berlatih memperbaikinya dalam beberapa minggu akan datang,” katanya kepada wartawan.
10 PELUMBA TERPANTAS HARI PERTAMA
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial