WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ANWAR HULUR SUMBANGAN KEPADA KANAK-KANAK HIDAP KOMPLIKASI JANTUNG

20/03/2025 06:04 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada keluarga Harsheeta Sai, kanak-kanak berusia sembilan tahun yang menghidap komplikasi jantung serius.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarah kanak-kanak itu di Batu Caves, Selangor. 

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Farhan berkata pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswathy, Sungai Buloh itu sedang bertarung dengan paras oksigen antara 70 hingga 75 peratus, jauh lebih rendah daripada paras normal iaitu 95 hingga 99 peratus.

"Demikian itu, adik Harsheeta perlu menjalani rawatan segera di Boston Children’s Hospital, Amerika Syarikat, namun kos rawatan yang mencecah USD350,000 menjadi satu cabaran besar buat keluarganya," katanya.

Ahmad Farhan berkata sumbangan itu diharap dapat membuka lebih banyak ruang buat masyarakat untuk turut membantu Harsheeta.

Beliau juga mendoakan agar kanak-kanak itu segera mendapat rawatan yang diperlukan dan dikurniakan kesembuhan.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan