BERITA TERGEMPAR | PM Anwar akan teruskan tradisi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI di lapan negeri, bermula di Melaka, 5 April ini -Setiausaha Akhbar | | PM Anwar akan teruskan tradisi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI di lapan negeri, bermula di Melaka, 5 April ini -Setiausaha Akhbar | |
SEREMBAN, 25 Mac (Bernama) -- Seorang suri rumah dan pesara mengalami kerugian keseluruhan RM349,086 akibat diperdaya individu menyamar pegawai polis, awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata wanita berusia 54 tahun itu kerugian hampir RM186,000 manakala pesara berumur 66 tahun rugi RM163,000.
"Pengadu terima panggilan daripada nombor telefon tidak dikenali menyamar sebagai pegawai polis dan menyatakan pengadu terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.
“Mangsa diberitahu waran tangkap dikeluarkan ke atas nama mereka pada 7 hingga 22 Mac, kemudian kedua-dua pengadu membuat pindahan wang secara dalam talian sebanyak sembilan transaksi ke dalam lapan akaun bank berbeza dengan jumlah RM 349,086,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Malik berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada 6.24 petang hari sama dan siasatan awal mendapati modus operandi suspek juga sama.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
© 2025 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan