KAJANG, 25 Mac (Bernama) -- Polis Selangor menugaskan 71 pegawai dan 646 anggota bagi memastikan kelancaran aliran trafik sempena Aidilfitri.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata 49 kereta peronda polis dan 87 anggota unit rondaan bermotosikal akan menjalankan rondaan di 18 lokasi dijangka mengalami kesesakan teruk.
Beliau berkata lokasi terbabit antaranya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Plaza Tol Gombak, Jalan Klang-Teluk Intan, Jalan Kuala Selangor-Rawang dan Plaza Tol Sungai Besi.
“Kita menjangkakan 1.6 juta kenderaan akan keluar dan masuk di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena hari raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor Azrin Borhan.
Sementara itu, mengenai kejadian samun bersenjata api di sebuah kedai emas di Kota Damansara Sabtu lepas, Hussein berkata siasatan kes itu kini hampir selesai.
Beliau berkata polis telah merakamkan 12 keterangan termasuk saksi dan suspek yang merupakan seorang anggota polis bantuan sebuah syarikat utiliti.
Sebelum ini, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 32 tahun selepas disyaki melarikan tujuh dulang barang kemas dengan kerugian dianggarkan bernilai RM2 juta.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial