WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PAKAIAN RAYA TERPAKAI KEPADA ASNAF, MANGSA BANJIR DI MANJOI

22/02/2026 01:37 PM

IPOH, 22 Feb (Bernama) -- Golongan asnaf serta mangsa banjir di sekitar Gugusan Manjoi di sini baru-baru ini boleh mendapatkan pakaian, kasut atau beg terpakai secara percuma sebagai persiapan sambutan Aidilfitri.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sungai Tapah Zairol Noor Akma Zakaria berkata program pengumpulan pakaian raya terpakai dilaksanakan kali pertama dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Berkat Manjoi bagi membantu golongan tersebut.

“Kita menerima sumbangan orang ramai sejak pagi tadi melibatkan pakaian dewasa dan kanak-kanak seperti baju Melayu, baju kurung, tudung serta blaus pelbagai warna dan corak,” katanya kepada Bernama di sini. 

Zairol berkata mereka yang memerlukan pakaian itu boleh hadir ke Dewan Manjoi Baru Tambahan (MBT) Manjoi Baru pada 1 Mac dari 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Beliau berkata pengumpulan pakaian itu dilakukan hari ini sahaja dan kira-kira 30 sukarelawan terlibat untuk menyusun pakaian mengikut jenis dan saiz dengan setakat ini lebih 1,000 pakaian diterima.

Selain baju kurung wanita pelbagai saiz, mereka turut menerima pakaian lelaki seperti kurta, kasut, beg tangan, tudung dan kopiah yang kebanyakannya masih elok termasuk ada yang dipakai sekali atau dua kali sahaja.

Seorang penyumbang Zuzilah Ayu Mohamed Basri, 55, dari Kampung Sungai Tapah, Manjoi berkata mendermakan kira-kira 20 pakaian terdiri daripada baju kurung dan tudung yang masih elok namun tidak dipakai lagi.

“Jadi saya mengambil inisiatif menyumbangkan pakaian itu kepada mereka yang memerlukan. Ini bukan pakaian saya sahaja tetapi kakak dan anak turut menyumbang sama,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan