WILAYAH - SABAH > BERITA

MANGSA BANJIR DI SABAH TERUS MENINGKAT MALAM INI

23/02/2026 12:47 AM

KOTA KINABALU, 22 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 3,427 orang daripada 1,449 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 3,266 orang daripada 1,401 keluarga pada 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari tiga daerah iaitu, Pitas, Paitan dan Tawau ditempatkan di 27 PPS.

Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,171 orang, diikuti Paitan (1,011) dan Tawau (245).

Banjir di ketiga-tiga daerah itu telah menjejaskan 70 kampung, namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah malam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan