WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BANJIR DI SARAWAK PULIH

22/02/2026 07:16 PM

KUCHING, 22 Feb (Bernama) -- Situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya berikutan satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi iaitu Masjid Darul Istiqlaal, dekat sini, ditutup tengah hari tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan PPS berkenaan ditutup pada 12.30 tengah hari.

"PPS itu telah beroperasi sejak semalam bagi menempatkan 65 orang daripada 18 keluarga penduduk Kampung Sungai Maong,” menurut kenyataan itu.

Rabu lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca lembap berterusan di Sabah dan Sarawak sepanjang minggu ini, dengan hujan dijangka berlaku di beberapa kawasan susulan luruan angin monsun yang memasuki rantau negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan