KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Polis mengesahkan tiada sebarang rampasan gula-gula strawberry quick yang didakwa mengandungi dadah direkodkan setakat ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata perkara itu disahkan hasil semakan menyeluruh yang dijalankan di seluruh negara, termasuk semakan terbaharu oleh polis dan Kementerian Pendidikan semalam.
Beliau berkata penyebaran gambar berserta mesej amaran mengenai penemuan bahan terlarang itu sebenarnya pernah tular pada awal tahun lepas dan kini kembali disebarkan di media sosial.
“Gambar itu dipercayai digunakan untuk menimbulkan kebimbangan dalam kalangan remaja dan ibu bapa supaya lebih berwaspada.
“Pada masa sama, penyebaran maklumat tidak sahih seperti ini boleh mencetuskan kegusaran dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular sekeping gambar memaparkan gula-gula berbentuk beruang berwarna merah jambu, disertai dakwaan ia adalah dadah jenis baharu yang menyasarkan pelajar sekolah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial