AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Kedah Berkurangan Kepada 5,454 Orang Pagi Ini

25/09/2024 08:41 AM

ALOR SETAR, 25 Sept (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah menunjukkan penurunan kepada 5,454 orang daripada 1,745 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 5,592 orang daripada 1,788 keluarga, malam tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa itu ditempatkan di 29 PPS di empat daerah.

Daerah Kota Setar masih mencatatkan jumlah tertinggi apabila sebanyak 3,672 mangsa daripada 1,196 keluarga dipindahkan di 16 PPS diikuti daerah Pendang 1,565 orang daripada 478 keluarga berada di 10 PPS.

Daerah Kubang Pasu pula mencatatkan 153 mangsa daripada 46 keluarga yang berada di dua PPS manakala di Pokok Sena pula, sebanyak 64 orang daripada 25 keluarga ditempatkan di satu PPS.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hanya Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 1.76 meter.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan