DUNIA > BERITA

ODI CHINA KEKAL BERADA DI ANTARA TIGA TANGGA TERATAS DALAM RANKING DUNIA

25/09/2024 04:02 PM

BEIJING, 25 Sept (Bernama-CMG) -- Pelaburan Langsung di Luar Pesisir (ODI) China kekal berada di antara tiga tangga teratas dalam ranking dunia, menurut statistik yang dikeluarkan pada Selasa.

Perkara itu didedahkan bersama Kementerian Perdagangan China, Biro Statistik Negara China dan Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing China di sini.

Tahun 2023 menyaksikan peningkatan ODI China sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun kepada US$177.29 bilion (RM731.58 bilion), dan keberadaannya di antara tiga tangga teratas dalam ranking dunia untuk 12 tahun berturut-turut.

Sementara itu, nisbah ODI China dalam keseluruhan global mencecah 11.4 peratus, meningkat 0.5 mata peratusan berbanding tahun sebelumnya dan berada di paras 10 peratus ke atas untuk lapan tahun berturut-turut.

Pada penghujung 2023, stok ODI China mencecah US$2.96 trilion (RM12.2 trilion), sekali gus menjadikan China antara tiga negara sumber ODI yang terbesar di dunia selama tujuh tahun berturut-turut. 

Perusahaan China telah menjangkau 80 peratus negara dan wilayah di dunia pada masa ini. Setakat hujung 2023, pelabur China telah menubuhkan 48,000 perusahaan di 189 negara dan wilayah, termasuk 17,000 perusahaan di negara yang terlibat dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). 

Tahun 2023 telah menyaksikan ODI China diberi akses ke 18 sektor ekonomi, dengan 80 peratus melibatkan sektor penyewaan dan perkhidmatan perniagaan, pemborongan dan peruncitan, pembuatan dan kewangan.

Pelaburan dalam dua bidang iaitu bidang pembinaan dan bidang penghantaran maklumat/perisian komputer serta perkhidmatan teknologi maklumat menyaksikan peningkatan yang pesat dengan kadar pertumbuhan masing-masing mencatat 97.2 peratus dan 34.9 peratus.

Selain itu, ODI China di Asia dan Afrika meningkat dengan cepat, dan peningkatan di negara-negara yang terlibat dalam pelaksanaan BRI boleh mencatat 30 peratus.

Hampir 80 peratus ODI China dilabur di Asia, naik sebanyak 13.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, antaranya modal sebanyak US$25.12 bilion (RM103.98 bilion) ditanam ke negara ASEAN, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 34.7 peratus.

Pelaburan di Afrika pula menokok US$3.96 bilion (RM16.34 bilion), iaitu 2.2 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Pada 2023, ODI China di negara-negara yang terlibat dalam pelaksanaan BRI mencecah US$40.71 bilion (RM167.98 bilion), menyaksikan peningkatan sebanyak 31.5 peratus tahun ke tahun.

Sumbangan ODI China kepada ekonomi global juga semakin meningkat. Pada 2023, import dan eksport kargo China berkat dorongan ODI meningkat sebanyak 6.4 peratus kepada US$273.1 bilion (RM1126.94 bilion), sekali gus menyumbang 4.6 peratus nilai keseluruhan perdagangan kargo negara ini.

Perusahaan ODI China memperoleh pendapatan penjualan sebanyak US$3.5 trilion (RM14.44 trilion) dan membayar cukai sebanyak US$75.3 bilion (RM310.72 bilion) kepada jabatan tempatan berkenaan.

Terdapat enam puluh peratus pekerja perusahaan ODI China yang jumlah keseluruhannya mencatat hampir 4.3 juta orang merupakan warga asing pada hujung 2023.

--BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan