WANITA WARGA INDONESIA CEDERA PARAH DITIKAM KEKASIH

26/09/2024 11:27 PM

JEMPOL, 26 Sept (Bernama) -- Seorang wanita warga Indonesia cedera parah di muka, perut dan bahu akibat ditikam kekasihnya dalam kejadian di Taman ACBE, Bahau, Jempol di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook berkata siasatan mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan antara pasangan itu di sebuah rumah pada 3.30 petang.

Beliau berkata punca pergaduhan ialah kerana wanita berusia 40 tahun itu ingin pulang ke Indonesia namun dihalang oleh lelaki berusia 38 tahun itu yang naik berang sebelum menikam mangsa.

"Suspek, yang merupakan warga Myanmar (Rohingya), bertindak memukul mangsa dan mengambil pisau lalu menyerang mangsa.

"Mangsa sempat melarikan diri dengan menunggang motosikal sebelum dihantar ke hospital Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Hoo berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, dengan denda atau sebatan.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan