JENAYAH & MAHKAMAH

Bekas Pensyarah Rugi RM170,000 Akibat Sindiket Pelaburan Pokok Kenaf

04/10/2024 02:33 PM

BATU PAHAT, 4 Okt (Bernama) -- Bekas pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi (IPTA) kerugian RM170,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan penanaman pokok kenaf. 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Mushaddat Abdullah Sani berkata lelaki berusia 60 tahun itu dilaporkan bertemu seorang lelaki yang mendakwa sebagai wakil sebuah syarikat penanaman kenaf pada Jun 2022.  

Beliau berkata sepanjang tempoh itu, individu terbabit menawarkan mangsa mengenai pelaburan penanaman pokok kenaf serta dijanjikan dividen sebanyak tiga peratus setiap tahun.

“Mangsa telah menandatangani beberapa dokumen perjanjian dan pada tarikh sama membuat pemindahan wang ke dalam satu akaun bank syarikat secara berperingkat berjumlah RM200,000.

“Daripada jumlah pelaburan itu, mangsa menerima dividen sebanyak RM30,000 namun sejak Januari tahun lepas, lelaki itu tidak lagi menerima pulangan yang dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Beliau berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat semalam.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan