KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Johor hingga Jumaat.
MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini berkata kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Selain itu MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga Jumaat di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat).
Cuaca sama diramal di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
MetMalaysia juga menjangkakan hujan berterusan tahap waspada di Sarawak dengan kawasan terlibat Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu hingga esok.
-- BERNAMA
© 2025 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan