AM > BERITA

Konvoi Kembara Akrab MADANI KDN, Perkasa Masyarakat Setempat

25/09/2024 06:27 PM

PUTRAJAYA, 25 Sept (Bernama) -- Konvoi Kembara Akrab MADANI anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) edisi keempat melabuhkan tirainya di Kampung Pulau Aman, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, hari ini, sebagai sebahagian daripada program selama tiga hari di kampung tersebut.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan majlis pelepasan konvoi kembara itu, disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, di Ibu Pejabat Maritim Malaysia di sini, ketika merasmikan program Aspirasi Budaya Kerja Siri 4: Kembara Akrab MADANI KDN.

Program kembara tiga hari ini bertujuan memperkasakan penduduk kampung melalui pendekatan psikologi dan memupuk kerjasama erat antara penjawat awam serta masyarakat setempat, menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, penduduk di Kampung Pulau Aman akan disajikan dengan pelbagai program menarik, antaranya taklimat keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia, ceramah perdana bertemakan Jiwa Merdeka, ceramah keagamaan serta integriti dalam perkhidmatan, selain aktiviti gotong-royong bersama Agensi Antidadah Kebangsaan.

Untuk rekod, program kembara ini dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan penglibatan penuh setiap jabatan dan agensi di bawah kementerian berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan