WILAYAH - SARAWAK > BERITA

YAPEIM PERUNTUK RM1.2 JUTA BANTU 7,700 PELAJAR SEMPENA RAMADAN

20/03/2025 10:47 AM

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) memperuntukkan RM1.2 juta untuk program Ramadan MADANI YAPEIM bagi membantu 7,700 pelajar yang memerlukan di lebih 20 lokasi di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pengarah YAPEIM Ameer Ali Vali Mohamed berkata penerima bantuan terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi, sekolah rendah dan sekolah menengah daripada keluarga miskin tegar serta B40 yang sebahagiannya mendapat manfaat daripada program Didik MADANI YAPEIM yang diadakan akhir tahun lepas.

“Tuan rumah program Ramadan MADANI YAPEIM termasuk 10 universiti, lima politeknik dan tiga institusi pendidikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ameer Ali berkata antara institusi terlibat ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

Beliau berkata program Ramadan MADANI YAPEIM bertujuan membantu pelajar yang memerlukan melalui sumbangan tunai bagi meringankan beban mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan